Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada wartawan selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya. Foto SADIQ SANI, 21 JUN 2024

PETALING JAYA – Notis pemakluman kekosongan kerusi membabitkan enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu dirujuk kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai Speaker, Johari akan memutuskan mengenai perkara itu.

“Okey pertama soal enam kerusi Bersatu itu dirujuk kepada Speaker Dewan Rakyat, biar speaker putuskan,” katanya ringkas kepada media selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, di sini, hari ini.

Beliau ditanya mengenai kedudukan enam orang Ahli Parlimen Bersatu yang digugurkan daripada parti kerana telah melanggar Perlembagaan Bersatu susulan menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Semalam, Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, notis membabitkan kekosongan kerusi Parlimen Jeli, Gua Musang, Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Tanjong Karang dan Labuan telah diserah dan diterima pejabat Speaker Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, beliau juga selaku Ketua Whip parti telah menandatangani notis tersebut. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here