Penyokong parti membanjiri kawasan pusat penamaan calon bagi PRK Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini.

NIBONG TEBAL – Suasana pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.20 Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi, di sini, tenang dengan penyokong parti bertanding mula memenuhi kawasan disediakan pihak berkuasa.

Laluan utama ke pusat penamaan calonĀ  ditutup kira-kira 100 meter dari pintu pusat penamaan calon berkenaan.

Penyokong Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dilihat mula berkumpul di sebelah kiri pusat penamaan calon manakala penyokong Perikatan Nasional (PN) pula di bahagian kanan.

Calon PN, Abidin (tengah) hadir jam 8.50 pagi diiring beberapa pemimpin parti.

Kira-kira 800 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut ditempatkan di lokasi sekitar pusat penamaan calon bagi mengawal keselamatan.

Terdahulu, calon Pakatan Harapan (PH) bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin, 60, tiba jam 8.40 pagi manakala calon mewakili Perikatan Nasional (PN), menentang Abidin Ismail, 56, tiba jam 8.50 pagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Julai ini bagi tarikh mengundi awal dan 6 Julai sebagai hari mengundi.

Calon PH yang mewakili kerajaan Perpaduan, Joohari (dua dari kiri) diiringi pemimpin parti ke dewan penamaan calon.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Pada PRN Pulau Pinang Ogos lepas, Nor Zamri menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here