Antony Blinken

TEL AVIV – Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, telah meluluskan penjualan senjata lebih daripada $20 bilion kepada Israel termasuk jet pejuang F-15 dan hampir 33,000 peluru kereta kebal.

Dalam pemberitahuan kepada Kongres, Jabatan Negara menyatakan bahawa jualan itu “akan meningkatkan keupayaan Israel untuk menghadapi ancaman musuh semasa dan masa depan.”

The Times of Israel melaporkan, “F-15 dijangka tidak akan tiba selama beberapa tahun”.

Walaupun ahli Demokrat di Kongres boleh menahan penjualan namun setakat ini mengelak daripada berbuat demikian selepas menerima jaminan daripada White House bahawa “senjata itu tidak akan digunakan untuk membahayakan orang awam”.

Kelulusan yang paling ketara ialah penjualan jet pejuang F-15 bernilai $18.82 bilion.

Jualan lain termasuk AS$774.1 juta dalam peluru kereta kebal, AS$102.5 juta dalam peluru berpandu udara-ke-udara jarak sederhana canggih, $61.1 juta dalam peluru mortar letupan tinggi 120mm dan $583.1 juta dalam kenderaan taktikal. – Agensi