Kereta Rempuh Jengkaut Di Port Dickson, Dua Maut Dan Empat Parah #MGFlash

Sebuah kereta jenis Proton Saga terlibat kemalangan akibat hilang kawalan dan melanggar sebuah jengkaut yang sedang membuat kerja-kerja pembaikan jalan dekat Lampu Isyarat di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pasukan Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dengan kekuatan anggota seramai tujuh orang sebaik menerima panggilan pada jam 1.36 pagi.