Proses bedah siasat mayat penyanyi dan Youtuber, Muhammad Nidza Afham Mokhtar dijangka dijalankan jam 9 pagi di Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam. Perkara itu dimaklumkan bapa kepada mangsa, Mokhtar Mahmood malam tadi.
Jasad Nidza Afham ditemukan dalam keadaan tertiarap di Sungai Klang selepas kehilangannnya dilaporkan keluarga pada pukul 4 pagi Rabu.
Menurut keluarga, penyanyi berusia 23 tahun itu keluar dari rumahnya di Bandar Puteri Klang untuk berjogging di Stadium Klang pada 7.45 petang Selasa.