KUALA LUMPUR – Beregu utama wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah hanya mampu bergelar naib juara final Terbuka Korea 2024 hari ini.
Ia selepas kekalahan ketiga buat Pearly-Thinaah di tangan Na Eun-Hye Jeong dalam empat pertembungan.
Berlangsung di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul, pasangan yang layak ke separuh akhir Olimpik Paris 2024 bulan lalu akur gagal meraih gelaran pertama mereka musim ini.
Kekalahan itu adalah yang ketiga buat Pearly-Thinaah di tangan Na Eun-Hye Jeong dalam empat pertembungan.
Kali terakhir Pearly-Thinaah meraih kemenangan ke atas Na Eun-Hye Jeong adalah pada separuh akhir Masters Malaysia 2023.
Pasangan itu akan menyertai Terbuka Hong Kong bermula 10 September ini. – MalaysiaGazette