PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang sedang memancing terkejut apabila menemui satu mayat terlentang di Pantai Batu 9, Teluk Kemang, Negeri Sembilan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt. Maslan Udin berkata, mayat itu dijumpai dalam keadaan terlentang, lengkap berpakaian t-shirt hitam dan berseluar jeans hitam.

“Siasatan awal mendapati mayat tersebut dilihat oleh orang awam yang sedang memancing terapung dan dibawa arus dari tengah laut ke pesisir pantai,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Maslan, hasil pemeriksaan tubuh mangsa berusia 30an itu membawa kepada penemuan wang tunai dalam poket seluar namun tiada dokumen pengenalan diri atau telefon bimbit ditemui.

Tambah beliau, pemeriksaan itu juga mendapati tiada unsur jenayah diperlakukan namun terdapat tanda vaksin BCG pada lengan sebelah kiri dan tatoo bercorak senjata AK47 di leher sebelah kiri mangsa.

Beliau berkata, mayat telah dihantar ke Hospital Port Dickson dan hasil bedah diasat mendapati punca kematian adalah lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu dimnta menyalurkannya dengan menghubungi Ketua Polis Balai Teluk Kemang, Inspektor Surenthiran a/l Khathiravelu di talian 013-6526494 atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6462999 atau tampil ke mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan atau urusan pengecaman mayat. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here