TOKYO – Jepun telah mula menyembelih kira-kira 210,000 ayam di utara Hokkaido bagi membendung wabak selesema burung.

Ia adalah kali kelima dilakukan pada musim sejuk melibatkan beratus-ratus kakitangan selepas wabak itu dikesan di beberapa ladang di seluruh Jepun.

Sebelum ini, kira-kira 550,000 ayam di tengah Niigata dan 23,000 ekor itik di selatan Hokaido turut dihapuskan.

Pihak berkuasa juga telah mengharamkan pengangkutan ayam dan produk ayam dan itik berada di kawasan berhampiran dengan ladang-ladang yang terjejas.

Kerja-kerja pemusnahan itu agak perlahan kali ini hanya 32,310 ayam di ladang di bandar Shimzu di Hokkaido utara dimusnahkan kerana musim sejuk.

Sebelum wabak ini dikesan semula, Jepun disahkan selamat daripada virus selesema burung pada bulan Januari 2015. – MalaysiaGazette