Annuar Musa

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sebentar tadi mengeluarkan satu lagi kenyataan yang dipercayai merujuk kepada isu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak boleh ditadbir secara proksi.

Kali ini, Annuar menyertakan sekali gambarnya bersama pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Berikut kenyataan Annuar yang disiarkan menerusi akaun Facebook miliknya:

“Orang gagal mesti bersedia di hina, …walaupun orang gagal mungkin orang yg pernah berjaya…dan tidak mustahil orang gagal kembali menjadi orang berjaya..

“Sementara orang berjaya perlu buat persiapan tak kala kejayaan berganti dgn kegagalan NANTI …. “WAMAKARU WAMAKARALLAH..WALLAHUKHAIRULMAAKIRIIN (Kita merancang Dan ALLAH juga merancang…dan ALLAH SWT ADALAH SEBAIK BAIK PERANCANG)…”

Semalam, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor dilaporkan berkata baginda tidak perlu menerima nasihat daripada seorang pemimpin yang gagal untuk membuat keputusan menjadi Presiden FAM atau sebaliknya.

Biarpun tidak menamakan individu dimaksudkan, ia dipercayai merujuk kepada Annuar. Kenyataan daripada Tunku Ismail itu hadir susulan kenyataan awal yang dibuat Annuar menerusi akaun Facebook beliau sebelum itu.–MalaysiaGazette