Fattah (kanan) dan Neelofa.

Sebelum ini banyak kisah mengenai diri mereka dikatakan sedang dilamun cinta. Namun apa yang diperkatakan itu tidak pernah diiyakan oleh pasangan pelakon ini, Fattah Amin dan Neelofa.

Seolah-olah hubungannya tidak pernah wujud dan tiada cinta antara mereka.

Kelmarin, tiba-tiba Neelofa, 27, mengaku kepada pihak media wujud orang ketiga dalam hubungannya dengan Fattah, 26.

Namun pengacara tv popualr itu enggan berkongsi lebih lanjut kerana mahu menjaga hati pihak lain.

Dan tidak semena-mena, pelakon berdarah kacukan, Tania Hudson dikaitkan sebagai orang ketiga.

Fattah pula enggan memberi sebarang komen mengenai dakwaan wujudnya orang ketiga dalam hubungannya dengan Neelofa.

Hero drama Suri Hati Mr. Pilot ini berkata buat masa ini dia tidak mahu memanjangkan isu itu.

Inilah masalah artis Malaysia. Waktu bercinta main sorok-sorok. Bila sudah putus, baru hendak beritahu kepada media.

Anggaplah Fattah dan Neelofa tidak ada niat meraih publisiti murahan, apatah lagi sengaja menjaja kisah cinta dongeng mereka.

Ingat, mereka tiada niat langsung meraih perhatian masyarakat Malaysia.