dadah

 

SINGAPURA – Pihak berkuasa Singapura menahan seorang penunggang motosikal warga Malaysia di Pusat Pemeriksaan Tuas kerana didapati memiliki 900 gram heroin dalam seluar dalamnya.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan pegawai-pegawai Lembaga Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada pukul 6.10 pagi semalam setibanya di zon motosikal pada pukul 6.10 pagi semalam.

Pegawai-pegawai ICA mengesyaki dia menyorokkan dadah dalam seluar dalamnya ketika pemeriksaan dilakukan ke atas lelaki tersebut dan pihak berkuasa itu memaklumkan kepada kakitangan Biro Narkotik Pusat (CNB).

Pegawai-pegawai CNB kemudiannya memeriksa lelaki itu dan menemui heroin yang dianggarkan bernilai lebih S$63,000. Beliau kemudiannya ditahan.

“Penyalahgunaan Akta Dadah mengenakan hukuman mati jika membawa diamorphine (atau heroin tulen) melebihi 15 gram,” kata ICA dan CNB dalam satu kenyataan hari ini.

Ia bersamaan 1,250 straw, cukup untuk menampung keperluan 180 penagih bagi tempoh seminggu.

“Sempadan kami merupakan barisan pertahanan pertama dalam melindungi keselamatan Singapura dan pemeriksaan keselamatan adalah kritikal kepada keselamatan negara. Agensi-agensi negara ini akan terus melaksanakan pemeriksaan terhadap penumpang dan kenderaan di pusat pemeriksaan bagi mengelak cubaan menyeludup manusia, dadah, senjata, bahan letupan dan bahan seludupan lain, ” katanya. – The Straits Times