Oscar

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea hari ini mengumumkan penghijrahan pemain tengahnya, Oscar, ke kelab China, Shanghai SIPG menjelang perpindahan Januari depan.

Yuran yang dipersetujui untuk pemain antarabangsa Brazil itu sekitar £60 juta.

Oscar telah menghabiskan kariernya selama empat tahun setengah di Stamford Bridge tetapi bukan lagi menjadi pilihan dibawah pengurus baharu, Antonio Conte.

Pemain itu telah menang tiga kejuaraan utama semasa di Barat London.

Oscar bersetuju dengan terma perjanjian bersama kelab Liga Super China itu dan akan menyertainya apabila jendela perpindahan Januari ini.

Rakan sepasukan dan senegaranya Willian  mendedahkan Oscar, 25, telah mengucapkan selamat tinggal di bilik persalinan pemain.

“Dia seorang pemain terbaik. Saya mengucapkan selamat berjaya kepada Oscar.

“Sebagai pemain kamu mesti fikirkan masa depan keluarga bila tawaran sebegini hadir,” katanya.

Chelsea turut mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain Brazil itu. – Agensi