Kekurangan buku teks adalah membabitkan edisi gear manual yang merupakan kursus lebih popular berbanding gear auto.

KUALA LUMPUR – Kekurangan buku teks sekolah memandu yang diterbitkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menjejaskan orang ramai yang ingin menduduki peperiksaan memandu.

Kekurangan buku teks adalah membabitkan edisi gear manual yang merupakan kursus lebih popular berbanding gear auto.

China Press melaporkan bahawa kekurangan berlaku untuk dua versi buku teks iaitu dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Setiap buku teks dijual dengan RM15 yang disertakan dengan nombor siri yang unik.

Sekolah memandu akan memasukkan nombor siri berkenaan berserta maklumat peribadi pelajar ke dalam sistem JPJ selepas mereka menamatkan pelajaran, ia bertujuan melayakkan mereka untuk menduduki ujian bertulis.

Kekurangan buku teks justeru akan menjejaskan mereka yang ingin mengambil ujian bertulis dan ujian memandu.