Home Dunia 4 korban Ribut Nock -Ten

4 korban Ribut Nock -Ten

Salah sebuah rumah penduduk di Filipina rosak akibat Ribut Nock Ten. Foto WSJ

Ribut Nock-Ten yang melanda Filipina telah mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan menyebabkan beribu-ribu penduduk terjejas.

Angin kencang selaju 120 kilometer sejam telah menumbangkan pokok-pokok dan talian jana kuasa serta mengakibatkan lebih daripada 380,000 orang terpaksa keluar daripada kediaman masing-masing.

Pihak berkuasa memberi amaran banjir kilat dan tanah runtuh untuk 36 jam akan datang.

Kakitangan kecemasan telah dihantar untuk membersihkan jalan raya, pokok tumbang dan talian kuasa.

Kerajaan Filipina berjanji bekalan elektrik akan dipulihkan dengan cepat di kawasan terjejas teruk.

Berpuluh-puluh pesawat domestik dan antarabangsa telah dibatalkan kerana ribut, menyebabkan lebih daripada 12,000 orang terpaksa meraikan Hari Krismas di pelabuhan selepas operasi feri digantung sementara. – MalaysiaGazette