Home Dunia Ahok akan dibicarakan hina al-Quran – Panel Hakim

Ahok akan dibicarakan hina al-Quran – Panel Hakim

JAKARTA – Mahkamah Indonesia akan meneruskan perbicaraan terhadap Gabenor Jakarta, yang dituduh menghina Al-Quran.

Perbicaraan itu diteruskan selepas panel hakim menolak permohonan peguam bela Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok untuk menolak kes itu kerana ia melanggar hak asasi ahli politik Cina dan melanggar prosedur.

“Pengecualian oleh defendan akan dipertimbangkan dan diputuskan oleh mahkamah selepas pemeriksaan terhadap semua bukti. Pengecualian terhadap defendan tidak diterima,” kata Hakim Abdul Rosyad.

Ahok pada pendengaran pertama yang dijalankan pada 13 Disember menafikan kenyataan beliau ketika berkempen pilihan raya bertujuan menghina al-Quran.

Keputusan mahkamah itu disambut dengan laungan ‘Allahu Akbar’ oleh sekumpulan Islam di luar premis yang terletak di di utara Jakarta.

Panel hakim, Dwiyarso Budi Santiarto berkata, pihak pembelaan boleh merayu kepada mahkamah yang lebih tinggi jika mereka tidak bersetuju dengan keputusan untuk meneruskan kes itu.

Ahok, selepas berunding dengan peguamnya, memberitahu mahkamah bahawa beliau akan mempertimbangkan untuk berbuat demikian.

Gabenor itu telah dinamakan sebagai tertuduh dalam kes itu.

Jika sabit kesalahan, Ahok boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Mahkamah dijadual mendengar semula kes itu pada 3 Januari dan akan berpindah ke sebuah auditorium di Kementerian Pertanian di selatan bandar atas sebab-sebab keselamatan, kata pihak berkuasa. – MalaysiaGazette