Home Dunia Nahas pesawat LaMia berpunca daripada manusia

Nahas pesawat LaMia berpunca daripada manusia

Pesawat milik syarikat penerbangan LaMia yang terhempas di kawasan pergunungan dekat Medelin, Colombia.

COLOMBIA – Nahas pesawat di Colombia bulan lalu dan mengorbankan kesemua 71 orang penumpang termasuk kumpulan bola sepak Brazil Chapecoense disebabkan oleh kesilapan manusia.

Pihak berkuasa Colombia berkata, tidak ada masalah teknikal berlaku terhadap pesawat, sebaliknya ia berpunca daripada kesilapan juruterbang, syarikat penerbangan dan pihak berkuasa Bolivia.

Rakaman pesawat membuktikan kapal terbang itu kehabisan minyak.

Pesawat itu dikendalikan oleh syarikat penerbangan LaMia, terhempas di pergunungan dekat Medellin.

Hanya enam penumpang yang selamat.

Keputusan siasatan awal mendapati, juruterbang gagal mengisi minyak dan menyebabkan enjin gagal berfungsi.

“Tidak ada faktor teknikal dalam kemalangan ini, semuanya melibatkan kesilapan manusia, faktor pengurusan dalam pentadbiran syarikat penerbangan dan pengurusannya serta pelan penerbangan oleh pihak berkuasa Bolivia,” kata pihak berkuasa Colombia.

Pesawat itu juga melebihi had berat hampir 400 kilogram dan tidak sepatutnya terbang pada ketinggian yang dilakukan, kata Kolonel Bonilla.

Kesimpulan siasatan itu diperoleh daripada rakaman pesawat dan bukti lain. – MalaysiaGazette