Home Dunia Penumpang TU-154 dipercayai terperangkap dalam pesawat

Penumpang TU-154 dipercayai terperangkap dalam pesawat

MOSCOW – Kira-kira 3,000 orang digunakan termasuk penyelam, kapal, pesawat, helikopter dan kapal selam digunakan dalam operasi mencari mangsa pesawat Rusia yang terhempas di Laut Hitam.

Pesawat itu membawa 92 orang penumpang termasuk tentera, kumpulan muzik dan wartawan ke Syria. Kesemua penumpang pesawat TU-154 itu dikhuatiri mati.

Pegawai kecemasan berkata, maklumat awal mencadangkan pesawat itu berada pada 27 meter di bawah permukaan air dan 1.7 km dari pantai ke arah landasan.

Tetapi kementerian kemudian berkata, beberapa serpihan pesawat telah ditemui tetapi ia bukan badan kapal terbang.

Kementerian Pertahanan berkata, dua bahagian sistem kawalan pesawat telah ditemui dan dibawa ke darat.

Setakat ini hanya 11 tubuh manusia dan 154 bahagian anggota badan manusia telah ditemui.

Pihak berkuasa percaya mangsa-mangsa terperangkap dalam pesawat tersebut.

“Pasukan pencari bertugas siang dan malam serta tidak berhenti walaupun seminit,” kata Kementerian Pertahanan Rusia.

Kawasan pencarian seluas 10.5 kilometer persegi di perairan itu telah diperluaskan.

Kotak hitam pesawat yang terletak di ekor pesawat itu masih belum ditemui lagi. – MalaysiaGazette