Kate Middleton

LONDON – Kate Middleton, antara kerabat diraja yang akan mengayakan semula pakaian-pakaian yang pernah dipakainya.

Duchess of Cambridge itu dianggarkan membelanjakan sebanyak 174,170 pound pada tahun 2016 untuk pakaiannya, merupakan peningkatan ketara berbanding tahun lepas sebanyak 43,260.99 pound.

Kos besar tahun ini berikutan lawatan di dua negara yang disertainya.

Beliau membelanjakan 35,000 pound semasa lawatannya ke India April lalu; sebanyak 62,000 pound untuk ke Kanada pada akhir bulan September.

Label-label jenama pakaian termahal Middleton daripada pereka mewah seperti Alexander McQueen dan Jenny Packham. kot Catherine Walker yang menjadi kegemaran Middleton, yang sudah tentu tidak murah.

Di bawah, lihatlah 10 jenama pakaian termahal Middleton tahun ini.

Kos-kos pakaian ini dibiayai daripada rasmi Prince Charles, melalui harta Duchy of Cornwall (bukan daripada pembayar cukai).

kate11. Alexander McQueen White dan Red Broderie Anglaise Dress (4,160 pound). Pakaian ini dipakai semasa beliau tiba Vancouver, Kanada bersama Putera William, pada 25 September.

kate22. Dres biru Jenny Packham (kira-kira 4,080 pound)
Ia dipakai pada lawatan awal di Kanada dan bertemu Justin Trudeau pada 24 September. Topi dibuat Sylvia Fletcher untuk Lock and Company pada harga kira-kira 3,260 pound.

kate3

3. Gaun Jenny Packham Navy (3,500 pound). Middleton memakai gaun ini semasa gala Bollywood di Mumbai pada 10 April 10 semasa lawatan ke India.

kate4

kate5

 

4. Dres putih renda Dolce & Gabanna (3,450 pound)
Baju ini dipakai pada hari kedua Royal Ascot pada 15 Jun. Middleton pernah memakai pakaian sama yang sebelum ini, semasa gala ulang tahun ke-90 Ratu bersama blazer merah Zara (49.99 pound).

 

kate6

5. Kot berwarna krim dari Catherine Walker (3,260 pound). Gaya Duchess of Cambridge ketika mengucapkan selamat tinggal untuk lawatan ke Kanada pada 1 Oktober.

kate7

6. Dres labuh Catherine Walker (3,200 pound)
Pakaian ini dipakai semasa samburan ulang tahun Ratu ke-90 pada 10 Jun.

kate8

7. Kot hijau Catherine Walker (3,000 pound)
Middleton memakai kot ini di pameran bunga di Chelsea pada 23 Mei.

kate9

8. Gaun krim Jenny Packham (3,000 pound)
Gaun ini dipakai semasa majlis gala Kanak-Kanak Hospis pada 22 Jun.

kate10

9. Baju renda Sophie Hallette (3,000 pound)
Pakaian ini digunakan semasa majlis memperingati Pertempuran Sommedi Thiepval, Perancis pada 1 Julai.

kate1110. Padanan skirt dan baju Temperley London (2,990 pound)
Gaya Middleton semasa menghadiri sambutan hari jadi Ratu ke-90 di New Dehli, India pada 11 April. – MalaysiaGazette