KUALA LUMPUR – Personaliti Yatt Hamzah selamat melahirkan seorang puteri di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Naluri, Wangsa maju di sini.

Bayi seberatĀ 3.03 kilogram dilahirkan pada jam 9.14 pagi, Rabu lalu.

Buat masa ini, bayi itu belum lagi diumumkan namanya.

Untuk rekod, Puteri ini merupakan hasil perkahwinan kedua Yatt bersama juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khiruddin.

Mereka telah bernikah pada Februari lalu.

Yatt juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Suci Hanania Malika, 6, dalam perkahwinan pertamanya.- MalaysiaGazette