Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

KUANTAN – Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dalam surat rasmi kerajaan negeri bertarikh 28 Dis lalu, berkata pelantikan itu telah mendapat perkenan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

“Sehubungan itu, gelaran yang diperkenan baginda bagi urusan rasmi ialah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,” katanya.

Surat rasmi berkenaan diedar kepada media semalam.

Surat itu juga diedar kepada semua anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri, anggota dewan undangan negeri, anggota parlimen Pahang, ketua jabatan negeri dan persekutusan, pegawai daerah serta ketua badan berkanun negeri dan persekutuan di Pahang.

— BERNAMA