Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Nampaknya penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terlalu tertumpu kepada  pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara itu jelas tergambar ketika berlangsungnya pelancaran PPBM di Stadium Malawati, di Shah Alam.

Sebaik sahaja Dr. Mahathir selesai berucap kira-kira 1 jam 10 minit, orang ramai mula meninggalkan stadium.

Sedangkan selepas itu giliran Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyampaikan amanat.

Ternyata aura PPBM hanya bergantung kepada kehadiran Dr. Mahathir, manakala ucapan Muhyiddin tidak mendapat perhatian apabila ada kalangan hadirin rancak bersembang sesama sendiri.

Berbanding ketika Mahathir berucap penyokong yang hadir memberi tumpuan sepenuhnya dan adakala hadirin bersorak penuh semangat.

Turut mendapat perhatian dalam majlis pelancaran parti itu adalah anak Mahathir yang juga timbalan presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Jelas sekali PPBM masih mencari-cari pemimpin yang mampu meraih sokongan parti.

Kehadiran Muhyiddin dalam PPBM belum mampu menjadi pancing untuk orang ramai menerima parti ini.  — MalaysiaGazette