MANCHESTER – Pemain termahal dunia, Paul Pogba membelanjakan wang bernilai £2.9 juta untuk membeli rumah barunya di Cheshire di sini.

Lokasi rumah berkenaan menjadikan pemain tengah Manchester United itu hanya perlu bergerak dalam jarak 20 minit pemanduan dari pusat latihan kelab itu di Carrington.

Namun Pogba bertuah kerana dia membeli secara tunai dan dapat memiliki rumah berkenaan dengan harga £600,000 di bawah harga diskaun.

Kediaman mewah itu mengandungi lima bilik tidur dengan mempunyai kemewahan termasuk kolam renang dalaman yang boleh dipanaskan, sauna, dua garaj besar dan bilik media sendiri dan boleh didapati pada harga awal £ 3.49 juta. – MalaysiaGazette