Kim Jong Nam

WASHINGTON – Kerajaan Amerika Syarikat percaya abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dibunuh oleh ejen Korea Utara di Malaysia.

Sumber Amerika Syarikat berkata, pihak berkuasa AS belum lagi dapat memastikan secara tepat bagaimana Kim Kong Nam dibunuh.

Bagaimanapun sumber tidak memberi bukti kukuh untuk menyokong rumusan dibuat oleh kerajaan.

Sumber kerajaan dari Korea Selatan berkata, Kim Jong Nam dibunuh di Malaysia manakala seorang pegawai polis berkata punca kematian belum dapat diketahui.

Laporan awal menyebut lelaki itu mati selepas kepalanya diserkup dengan kain mengandungi cecair di klia2 pagi Isnin lalu.

Kejadian itu berlaku ketika berada di satu sudut untuk menunggu penebangan ke Macau.

Beliau dikatakan tiba di Malaysia pada 6 Februari lalu. – MalaysiaGazette