Home Dunia India lancar 104 satelit sekaligus

India lancar 104 satelit sekaligus

ISRO melancarkan 104 satelit. Foto Agensi

NEW DELHI – India berjaya melancarkan 104 satelit sekali gus – rekod baru dalam sejarah pelancaran satelit dunia.

Daripada 104 satelit yang dilancarkan, 101 adalah satelit asing bagi kemudahan pelanggan-pelanggan antarabangsa.

“Ini adalah masa yang terbaik untuk kita dan kita telah mencipta sejarah,” kata Pengarah Projek, B. Jayakumar.

Perdana Menteri Narendra Modi turut merakam ucapan tahniah menerusi Twitter di atas pelancaran yang  dikendalikan oleh Indian Space Research (ISRO), turut disiarkan secara langsung di saluran televisyen negara itu.

Harga rendah yang ditawarkan ISRO berjaya menarik pelanggan antarabangsa untuk melancarkan 75 satelit tahun lepas daripada Sriharikota di selatan negeri Andhra Pradesh.

Pelancaran PSLV-C37 dalam muatan tunggal, termasuk siri Cartosat-2 dan 103 satelit penumpang-bersama, bersama-sama dengan berat melebihi daripada 650 kg (1,433 paun)

Daripada 101 satelit nano, 96 adalah dari Amerika Syarikat dan masing-masing satu dari Israel, Kazakhstan, Belanda, Switzerland dan United Arab Emirates. – MalaysiaGazette