Mark Hartmann dipeluk rakan sepasukan selepas menjaringkan gol cantik menewaskan Kelab MISC baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Jaringan lencong Mark Hartmann mungkin melayakkannya memenangi Anugerah Puskas FIFA
2017?

Itu menjadi perbualan netizen selepas melihat jaringan pemain import berjersi nombor 10 pasukan Sarawak semasa perlawanan menentang Kelab MISC di Stadium Negeri Sarawak di Kuching baru-baru ini.

Hartmann juga mencipta hatrik pada perlawanan yang sama.

Baru-baru ini, penyerang pasukan bola sepak Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri mencipta sejarah memenangi Anugerah Puskas 2016.-MalaysiaGazette