Rantaian pulau Faafu.

NEW DELHI – India mungkin menghadapi satu lagi cabaran keselamatan daripada jirannya, Maldives yang menimbulkan kontroversi apabila kerajaan Abdulla Yameen merancang memberi kuasa kepada rantaian pulau kepada Arab Saudi.

Ahli-ahli parti pembangkang, Maldivian Democratic Party (MDP), memberitahu Times of India bahawa keputusan untuk ‘menjual’ Faafu – salah sebuah daripada pulau kecil – kepada Arab Saudi akan meningkatkan fahaman Wahabi di negara itu.

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud akan melawat Maldives tidak lama lagi. Ahli MDP dan bekas Menteri Luar, Ahmed Naseem berkata, kerajaan itu tidak mengendahkan kehendak penduduknya.

Kerajaan itu meluluskan pindaan undang-undang yang membenarkan warga asing memiliki tanah di Maldives pada 2015.

Maldives kekal sebagai hanya negara jiran yang mana Perdana Menteri India, Narendra Modi mengelak untuk melawat. India tidak bersedia untuk dilihat menonjolkan diri dalam hal dalaman Maldives.

Bagaimanapun, India perlu menetapkan pendirian berikutan pilihan raya mungkin diadakan pada tahun depan.