BEIJING – China meningkatkan bajet pertahanan kira-kira 7 peratus tahun ini, menurut jurucakap Parlimen negara itu.

Ia merupakan kadar paling rendah sejak 2010 dan tahun kedua berturut-turut China tidak meningkatkan peruntukan kepada dua digit.

Bilangan sebenar untuk perbelanjaan pertahanan akan dikeluarkan pada hari Ahad, apabila Parlimen membuat pengesahan.

Tahun lalu, dengan ekonomi China perlahan, bajet pertahanan mencatatkan peningkatan terendah dalam tempoh enam tahun iaitu 7.6 peratus, kenaikan satu angka buat kali pertama sejak tahun 2010.

Pertumbuhan ekonomi China disasarkan lebih rendah sekitar 6.5 peratus tahun ini berbanding 6.5 hingga 7.0 peratus tahun lalu.

Angka bajet pertahanan China bagi tahun lalu ialah 954.35 bilion yuan, mungkin akan memperkecilkan pelaburannya, menurut seorang diplomat. – MalaysiaGazette