JIANGSU – Lebih daripada 160 pasangan di sebuah perkampungan di timur China telah membuat keputusan untuk bercerai bagi mendapat pampasan lebih selepas kediaman mereka dirobohkan secara paksa.

Kampung Jiangbei, di wilayah Jiangsu, dibakar untuk membuat jalan bagi zon pembangunan berteknologi tinggi.

Pasangan mendapati mereka boleh layak untuk mendapat dua buah rumah baru dan bayaran tambahan sekurang-kurangnya AS$19,000 (£15,500)  jika bercerai dan mendapat pampasan sebagai perseorangan.

Keluarga yang telah tinggal sejak bergenerasi mempunyai pilihan, selain untuk berpindah ke rumah baru yang disediakan oleh kerajaan tempatan.

Setiap pasangan boleh mendapatkan sebuah rumah berkeluasan 220 meter persegi.

Tetapi jika pasangan bercerai melalui mahkamah, mereka juga boleh membuat tuntutan tambahan  rumah dengan keluasan 70 meter persegi dan wang tunai dalam sebagai pampasan.

Sebuah firma undang-undang mengenakan bayaran  lebih daripada AS$2,000 (£1,600) untuk membantu perceraian penduduk, lapor China Daily.

Bagaimanapun, ada pasangan yang merancang untuk berkahwin semula selepas itu.

Namun, setakat ini tidak pasti adakah pasangan yang bercerai akan menerima pampasan tambahan.

Kes seumpama ini pernah berlaku sebelum ini di