Massimiliano Allegri. Foto: Getty Images

MILAN –  Pengurus kelab gergasi Serie A Itali, Juventus Massimiliano Allegri hari ini menafikan spekulasi yang mengaitkan perpindahannya ke Arsenal akhir musim ini.

Sebelum ini, laporan di London menyebut pemilik kelab the Gunner sedang mencari pengganti sesuai pengurus kelab itu Arsene Wenger selepas dikatakan kecewa dengan prestasi semasa skuad kendaliannya.

Sejak dibelasah 5-1 oleh Bayern Munich dalam aksi liga Juara-juara Eropah dua minggu lalu, Arsene Wenger diasak kritikan penyokong kelab itu.

Pelbagai khabar angin mengaitkan Arsene Wenger dengan penghijrahan ke PSG dan kerusinya bakal digantikan Allegri.

Laporan pada Sabtu pula mencadangkan Allegri telah mencapai perjanjian lisan bersama the Gunners untuk menggantikan Wenger di akhir musim ini sekiranya Wenger membuat keputusan meninggalkan London Barat.

Mengulas khabar angin itu, Allegri berusia, 49, menafikan berita yang mengaitkan beliau dengan kelab England itu.

“Khabar angin dari England tidak benar sama sekali, bukan saya yang berhak menentukan masa depan saya- hanya Juventus sahaja akan menentukannya.

“Jika benar dakwaan itu, Juventus sudah pasti mengetahuinya dan saya belum berbincang dengan Juventus.

“Saya juga pernah bercakap dengan sesiapa atau mana-mana kelab di England,” katanya. – MalaysiaGazette