KUALA LUMPUR – Entah apa strategi pelakon Fattah Amin untuk kekal popular dalam dunia seni ini.

Selepas isu putus cinta dengan pelakon Neelofa, Fattah muncul pula dengan buku kontroversinya yang kecoh satu negara.

Belum habis isu itu, muncul gosip terbaharu mengatakan Fattah Amin kini sedang rapat dengan seorang selebriti yang merupakan bekas isteri orang kenamaan.

Biarpun identiti wanita tersebut masih menjadi tanda tanya namun nama Azrinaz Mazhar Hakim mula menjadi sebutan ramai.

Malah lebih menguatkan lagi dakwaan itu apabila Azrinaz ada memuat naik gambar mereka bersama di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi posting itu ramai yang mula membuat andaian masing-masing mengenai hubungan persahabatan mereka.

Jadi macam-macam komen yang muncul. Ada yang suka melihat mereka bersama dan merasakan mereka secocok. Ada pula persoal jarak umur diantara mereka yang jauh.

Iyalah, Fattah baru berumur 27 tahun, Azrinaz pula hendak masuk 38 tahun.Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada kenyataan balas daripada Fattah mahupun Azrinaz berkenaan gosip yang sedang hangat bertebaran ini.

Tapi kalau betul bercinta pun, apa salahnya kerana masing-masing masih bujang. Alah, kita doa yang baik-baik sahajalah. – MalaysiaGazette