KUALA LUMPUR – Rezeki pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat terus mencurah-curah apabila dipilih menjadi duta untuk OPPO R9s.

Patutlah kalau yang selalu mengikuti Ayda di Instagram miliknya, dia selalu berkongsi gambar yang berkualiti tinggi dan akhirnya terjawab adalah hasil telefon pintar berkuasa berkenaan.

OPPO R9s Plus ini telah dilancarkan semalam di Glasshouse, Setapak.

Telefon pintar itu dijana dengan 6GB RAM dan mempunyai skrin 6 inci.

Skrin yang besar juga memudahkan pembeli melayari apa saja aplikasi laman sosial selain memberi kebebasan jari untuk bergerak bebas.

Bagi mereka yang mahu mendapatkan OPPO R9s Plus, ia hanya berharga RM2,498, anda bolehlah dapatkan di OPPO Online Store atau pun di OPPO Concept Store. – MalaysiaGazette