SINTOK – Chef selebriti, Chef Wan dilantik sebagai Profesor Adjung, Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar (STHEM), Universiti Utara Malaysia (UUM), hari ini.

Watikah pelantikan Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail disampaikan Pengerusi Lembaga Pengarah UUM, Tan Sri Siti Sa’diah Sheikh Bakir dengan disaksikan Naib Canselor UUM, Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Pelantikan itu diumumkan oleh Chef Wan yang berusia 59 tahun diumumkan di laman sosial Instagram miliknya.

Pelantikan Chef Wan berdasarkan pengalaman yang luas dalam bidang masakan di dalam dan luar negara.

Tempoh pelantikan dua tahun itu bermula 1 Februari lalu sehingga 31 Januari 2019.

Pelantikan itu membolehkan beliau berkongsi pengalaman, memberi bimbingan kepada pensyarah dan pelajar melalui program syarahan Profesor Adjung seminar dan perjumpaan.

Chef Wan yang memperoleh ijazah dalam Latihan Profesional Chef dan Pengurusan Hotel di California Culinary Academy di San Francisco, Amerika Syarikat dan diploma dari Hotel Ritz, Paris, Perancis. – MalaysiaGazette