SHAH ALAM – Penyanyi lagu-lagu berkonsep kerohanian, Hafiz Hamidun selamat bertunang dengan wanita pilihannya, Joy Revfa di sini hari ini.

Hafiz, 33, dan Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30, mengambil keputusan melangkah ke fasa baharu itu selepas berkenalan lebih sebulan.

Pasangan sama cantik itu akan bernikah pada 1 Mei depan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam di sini.

Pada majlis pertunangan, ibu Hafiz, Laila Sarji menyarungkan cincin ke jari manis Joy Revfa  yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki dan juga usahawan kosmetik.

Kedua belah pihak keluarga berbalasa tujuh dan lima hantar hantaran tujuh dihak perempuan memberi tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak lelaki.

Hafiz dikatakan mula terpaut hati dengan Joy apabila dia kagum melihat ibu tunggal itu menolak kereta sorong seorang diri. -MalaysiaGazette