Najib Razak

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri terkejut dan sedih dengan serangan yang berlaku di London semalam.

Dalam Twitter, Datuk Seri Najib Razak berdoa agar keselamatan orang ramai yang tidak bersalah terus terpelihara.

“Ingatan dan doa saya kepada mangsa terlibat. Malaysia bersama UK. Jangan menyerah kepada pengganas,” katanya.

Dalam serangan di luar Parlimen Britain itu, seorang anggota polis ditikam dan beberapa penyerang menembak ke arah orang ramai.

Setakat ini lima disahkan terbunuh dan berpuluh lagi cedera. – MalaysiaGazette