Mayat Akbar Salubiro yang dikeluarkan dalam perut ular sawa. foto Agensi

JAKARTA – Seorang lelaki yang hilang sejak Ahad lalu ditemui mati dalam perut ular sawa sepanjang tujuh meter.

Akbar Salubiro, 25, dilaporkan hilang sejak keluar ke ladang sawit di sebuah perkampungan terpencil di Pulau Sulawesi.

Penduduk kampung yang terlibat mencari Akbar telah menemui seekor ular sawa melingkar di kawasan kebun.

Mereka kemudian bertindak membelah perut ular tersebut dan menemui mayat Akbar.

Seorang penduduk kampung, Salubiro Junaidi berkata, penduduk mendengar jeritan di ladang pada waktu malam sebelum Akbar ditemui dalam perut ular. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan