Petronas

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dijangka mengeksport gas asli cecair (LNG) pertama yang dikeluarkan daripada unit pengeluaran terapung mengalahkan pesaing seperti Royal Dutch Shell.

Menurut data perkapalan dan individu yang rapat dengan Petronas, Petronas Floating LNG Satu (PFLNG Satu) berada di Bintulu ketika ini memuatkan kapasiti sebanyak 144,000 kubik meter daripada tangki LNG, Seri Camellia.

“Ketika ini PFLNG Satu memuat naik satu tangki dan akan selesai dalam tempoh satu atau dua hari lagi, menjadikannya LNG pertama di dunia yang dikeluarkan daripada platform terapung,” kata seorang sumber kepada Reuters.

Data Eikon menunjukkan kapal tangki LNG tiba pada 25 Mac dan telah mula memuatkan ke dalam kargo.

Peniaga yang mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut berkata, kargo eksport pertama Satu dijangka berlepas ke Korea Selatan.

Petronas bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.

Kemudahan Satu yang dianggarkan menelan kos sebanyak AS$10 bilion mula tiba tahun lalu dan bersiap untuk melakukan operasinya.

Syarikat-syarikat lain yang turut membangunkan kemudahan pengeluaran terapung LNG termasuklah Royal Dutch Shell yang mengeluarkan kos sebanyak AS$12 bilion.- MalaysiaGazette