Toyota

TOKYO -Dua model Toyota, Corolla Axio dan RAV4 di Jepun, China, Ocenia dan rantau lain dipanggil semula akibat kebimbangan terhadap kerosakan pengepam beg udara.

Menurut Reuters, selain Toyota Motor Corp., Fuji Heavy Industries, Mitsubishi Motors Corp dan Hino Motors juga telah memanggil semula kira-kira 240,000 kenderaan di pasaran domestik terhadap pengepam yang dibuat oleh Takata Corp yang mana boleh meletup selepas pendedahan berpanjangan kepada keadaan panas.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 16 kematian dikaitkan dengan pengepam Takata yang meletup, terutama di Amerika Syarikat, sekali gus menjadikan langkah panggil semula kenderaan terbesar dalam industri automotif global.

Pihak berkuasa pengangkutan global mempertimbangkan pengepam beg udara

Takata mengandungi sebatian kimia ammonium nitrat yang tidak selamat jika digunakan tanpa agen pengering dan mengarahkan kira-kira 100 juta di pasaran untuk dipanggil semula.

Pengeluar kereta Jepun berkata, panggilan semula terkini itu adalah sebahagian langkah memanggil semula meluas pengepam Takata yang diarahkan pihak berkuasa pengangkutan global tahun lalu.

Toyota berkata, langkah memanggil semula kenderaannya itu dikeluarkan membabitkan kira-kira 1.16 juta kenderaan yang dijual di Oceania, Asia Barat dan pasaran kecil pengeluar kereta itu, hampir satu pertiga daripada jumlah keseluruhan, manakala kira-kira 750,000 kenderaan dipanggil semula di Jepun.

Kenderaan yang dijual di Amerika Utara, pasaran terbesar Toyota, dikecualikan daripada panggilan semula terkini itu, katanya.

Takata kini sedang mencari penaja kewangan bagi membantu membayar kos berkaitan dengan panggilan semula itu, katanya. Pada bulan lalu, ia mengaku bersalah atas tuduhan feloni AS sebagai sebahagian daripada penyelesaian AS$1 bilion terhadap pengepam rosak itu.-  MalaysiaGazette