Home Seni Hidup Minum teh bantu fungsi otak warga tua

Minum teh bantu fungsi otak warga tua

PARA sainstis mendakwa minum teh boleh membantu fungsi memori dalam otak bagi golongan tua.

Menurut satu kajian di Universiti Singapura, minum teh boleh membantu mengurangkan kemungkinan kemerosotan kognitif iaitu penurunan hilangan ingatan dan kealpaan dalam kalangan orang tua.

Kajian ini mendakwa teh boleh mengurangkan kemerosotan kognitif separuh bagi kebanyakan orang tua dan sebanyak 86 peratus dalam kalangan mereka yang secara genetik mempunyai risiko mendapat penyakit Alzheimer.

Kajian terhadap hampir 1,000 orang warga emas di China mendapati minum teh secara teratur membantu mengurangkan risiko kemerosotan kognitif termasuk kehilangan ingatan dan kealpaan.

Berita yang lebih baik ialah selagi teh dibancuh daripada daun teh, pengunaanya memang didapati berkesan.

Keputusan kajian minum teh dibuat terhadap mereka yang berumur lebih 55 tahun dan dinilai semula fungsi kognitif (fungsi memori) mereka setiap dua tahun.

Sejarah perubatan, gaya hidup, fizikal dan kehidupan sosial responden juga telah dipantau dalam ujian ini.

Dapatan kajian ini telah diterbitkan dalam Journal of Nutrition, Health and Aging pada akhir tahun lalu. – MalaysiaGazette