Nurse Talking To Female Patient On Ward

KUALA LUMPUR – Allianz Malaysia Bhd. menawarkan polisi insurans hayat yang boleh dibeli dalam tempoh beberapa minit sahaja melalui Allianz Online.

Dalam satu kenyataannya, Ketua Pegawai Pemasaran (Perkongsian Pengedaran) bagi Allianz Life Insurance Malaysia Bhd., berkata, syarikat berkenaan menawarkan polisi Allianz i-HospitalCash dan Allianz i-EssentialCover yang menawarkan pelbagai faedah kepada pemegang polisi.

Jelasnya, Allianz i-HospitalCash membayar manfaat tunai harian kepada pemegang polisi yang dimasukan ke hospital di dalam atau luar negara akibat ditimpa kemalangan atau sakit.

Manakala satu lagi produk, Allianz i-EssentialCover pula memberi kesenangan kepada pelanggan untuk memilih pelan insurans hayat yang membayar manfaat jika mereka meninggal atau mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal sepanjang tempoh polisi tersebut.

“Penggantian pendapatan sering diabaikan apabila anda membeli insurans tetapi ia harus benar-benar dijadikan keutamaan.

“Pendapatan anda adalah aset kewangan terbesar anda untuk membayar segala-galanya termasuk barangan runcit, petrol, gadai janji dan ansuran kereta.

“Oleh itu, anda perlu sentiasa mempunyai pelan B terutamanya jika anda memperolehi gaji anda setiap hari, datang dari pendapatan isi rumah tunggal atau pekerjaan memerlukan perjalanan yang kerap atau buruh manual.

“Allianz i-HospitalCash menawarkan anda jaminan pendapatan sekiranya anda kehilangan pekerjaan kerana rawatan di hospital dan ia adalah pendapatan berganda jika anda dimasukkan ke hospital di luar negara, jadi ia benar-benar memberi perbezaan,”

“Dengan i-EssentialCover, pada dasarnya kami menyerahkan kembali kuasa kepada pelanggan kami yang membolehkan mereka untuk memeriksa perlindungan dan kos dan akhirnya memilih yang mana yang bersesuaian dengan gaya hidup mereka.

“Kami berharap melalui pemberian kuasa ini, pelanggan kami dapat membuat keputusan dalam menjamin pendapatan masa depan dan aset mereka apabila mencari pelan insurans hayat.

Selain itu, dengan menawarkan kedua-dua produk secara online pelanggan mempunyai kemudahan perbandingan kos segera dan pembelian mudah.

“Jadi, jika anda tidak dilindungi atau tidak mempunyai perlindungan yang cukup, luangkan beberapa minit untuk mendapat perlindungan yang untuk diri anda,” katanya.

Jelasnya, Allianz i-HospitalCash menawarkan tiga pelan fleksibel dengan jumlah manfaat tunai harian yang berkaitan; Pelan 100 (RM100), Pelan 200 (RM200) dan Pelan 250 (RM250) dan tempoh perlindungan selama lima tahun.

Selain daripada mengurangkan beban kewangan dengan memberi manfaat tunai harian yang perlu dibayar bagi tempoh selama 750 hari dimasukkan ke hospital, Allianz i-HospitalCash turut menawarkan Manfaat Pembayaran Balik Kos Perubatan Kemalangan, Manfaat Perubatan Luar Negara serta Bonus Tanpa Tuntutan apabila polisi matang.

Manakala Allianz i-EssentialCover pula menawarkan tiga pelan berpatutan dan liputan yang berkaitan untuk kematian atau hilang keupayaan kekal dan menyeluruh; Pelan 200 (RM200,000), Pelan 300 (RM300,000) dan Pelan 500 (RM500,000).

Tempoh perlindungan adalah selama 10 tahun.-MalaysiaGazette