KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang pada tahun ini dan tahun tahun depan tetapi masih kekal rendah bawah purata 5.3 peratus yang dicapai negara pada tahun 2011-2015.

Laporan Tinjauan Bank Pembangunan Asia (ADB) 2017 menjangkakan pertumbuhan kukuh dalam industri ekonomi utama dan pemulihan sederhna dalam pelaburan domestik memacu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.4 peratus tahun ini dan 4.8 peratus tahun 2018.

Ia berkata, prospek bagi pelaburan tetap swasta bertambah baik agak dengan harga yang lebih tinggi untuk hidrokarbon, pemulihan dalam bidang pertanian dan prospek yang lebih baik bagi industri semikonduktor.

Bagaimanapun, wujud kebimbangan kemungkinan gangguan perdagangan global dan kesan normalisasi dasar monetari Amerika Syarikat ke atas aliran modal ke negara-negara membangun mungkin menghalang pemulihan dalam pelaburan.

“Projek-projek besar yang sedang dijalankan seperti Lebuh Raya Pan Borneo, loji penapisan dan petrokimia di Pengerang, MRT di Kuala Lumpur dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan kereta api laju ke Singapura akan merangsang pelaburan awam dan swasta,” katanya.

Laporan itu diterbitkan pada hari ini.

ADB berkata, bagi permintaan luaran bersih, ia bergantung kepada pertumbuhan KDNK kecuali perdagangan global terjejas dengan ketara.

Perbelanjaan swasta pula dijangka berkembang tahun ini pada kadar sama tahun lalu.

Kenaikan gaji yang dilihat menyokong perbelanjaan isi rumah kerana langkah-langkah kerajaan untuk meningkatkan pendapatan, termasuk pengecualian cukai, pemindahan dengan wang tunai yang lebih tinggi kepada golongan berpendapatan rendah dan pengurangan caruman pekerja wajib kepada dana persaraan negara.

Laporan itu menyebut, pemulihan dalam bidang pertanian dan subsidi luar bandar akan menyokong pendapatan luar bandar.

Tetapi, ia akan mengurangkan perbelanjaan penggunaan termasuk kenaikan hutang isi rumah, yang kini bersamaan hampir 90 peratus daripada KDNK dan menjejaskan keyakinan pengguna

Pertumbuhan dalam perkhidmatan akan memberi faedah kepada sektor pelancongan yang disokong oleh penurunan ringgit.

Indeks pengurusan pembelian yang dinyatakan dalam bulan Februari 2017 menunjukkan kelembapan dalam sektor pengilangan dijangka berakhir.

Laporan pengilang pada bulan tersebut juga menunjukkan pengeluaran meningkat buat kali pertama dalam tempoh dua tahun.

Kenaikan harga minyak, pengurangan subsidi dan kelembapan ringgit dijangka mendorong kenaikan Indeks Harga Pengguna.

Inflasi diunjurkan melonjak kepada 3.3 peratus pada 2017.

ADB berkata, purata inflasi bagi tahun ke tahun dalam dua bulan pertama 2017 ialah 3.9 peratus.

Tambahnya, risiko besar kepada prospek berikutan potensi gangguan kepada perdagangan global memandangkan Malaysia mempunyai keseragaman dalam ekonomi dunia.

“Pasaran utama Malaysia adalah Singapura, China, Amerika Syarikat, Jepun dan Kesatuan Eropah.

“Kenaikan tarif dalam rakan niaga utama akan menjejaskan pengukuhan sederhana akan menjejaskan ramalan bagi ekonomi yang bergantung kepada perdagangan seumpama ini,” katanya,” kata ADB. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan