SUBANG JAYA  – Diam tak diam, umat Islam akan menyambut ketibaan Ramadan yang penuh keberkatan pada hujung bulan depan.

Seperti kebiasaan, Ramadan juga merupakan punca rezeki untuk hotel-hotel menawarkan buffet Ramadan menerusi menu berbuka.

Tidak ketinggalan, Dorsett Grand Subang yang tahun ini memilih tema Enak-Enak Ramadan dengan konsep suasana kampung Melayu.

Hampir 150 menu makanan yang menyelerakan ditawarkan untuk memenuhi keperluan pengunjung berbuka puasa di hotel tersebut.

pix ramadan1

Pengarah Operasi Bankuet, Zuraimi Mohd. Jufari berkata, pihaknya menyediakan hidangan pelbagai segmen makanan seperti makanan bergoreng, pelbagai mi, nasi, lauk pauk, kambing bakar, satay, kuih-muih dan pencuci mulut di sebanyak 15 gerai yang disediakan.

Menurutnya, nama Dorsett Grand Subang sudah dikenali dengan juadah Sup Gearbox, Roti Pak Ali, ikan bawal stim, pelbagai jenis hidangan nasi dari Timur Tengah dan juga menu pencuci mulut seperti pengat pisang dan bubur cha cha.

“Sebanyak tiga hingga lima ekor kambing bakar yang diperap dan dipanggang akan dihidangkan kepada pengunjung sepanjang bulan Ramadan ini.

“Ruang legar yang menempatkan bufet ramadan itu boleh memuatkan sehingga 600 orang dalam satu-satu masa dan beliau mengunjurkan lebih daripada 7,000 orang pengunjung bakal menjamu selera pada bulan Ramadan ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Enak-enak Ramadan di sini baru-baru ini.

pix ramadan3

Zuraimi menambah, hampir 80 peratus daripada pelanggan terdiri daripada pelanggan setia hotel dan mereka terdiri daripada kumpulan korporat, individu dan juga berkeluarga.

“Berdasarkan pelan pemasaran yang telah diadakan lebih awal, kami yakin jumlah pengunjung yang disasarkan itu bakal dicapai.

“Berdasarkan faktor lokasi strategik di sini, Dorsett Grand Subang bakal menjadi pilihan kepada komuniti di sekitarnya,” jelasnya.

pix ramadan4

Sementara itu, harga pakej ramadan ditawarkan pada harga RM145 bersih seorang tetapi jika dibuat tempahan awal iaitu bermula 17 April sehingga 5 Jun ini.

Orang ramai akan mendapat baucar diskaun sebanyak 25 peratus menjadikan harga bersih seorang ialah RM108.75.

Persembahan kumpulan muzik secara live turut tampil menghiburkan tetamu sebelum dan selepas waktu berbuka.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, orang ramai boleh hubungi talian 03-503 16060. – MalaysiaGazette

pix ramadan5

 

Tinggalkan Jawapan