OSLO – Norway mengumumkan rancangan untuk membina terowong laut yang pertama di dunia melalui sebuah gunung, mengelakkan laluan perairan berbahaya.

Terowong yang memintas Semenanjung Stad berada di kawasan ribut di barat Norway.

Pembinaan terowong sepanjang 1.7 kilometer (satu batu) panjang dan 36 meter lebar, bakal menjadikan perjalanan lebih selamat.

“Akhirnya Terowong Stad bagi kegunaan bot-bot akan dibina,” kata Menteri Pengangkutan Norway, Ketil Solvik-Olsen ketika membentangkan pelan pengangkutan komprehensif bagi tahun 2018-2029.

Laut Utara yang berisiko dengan angin kuat dari luar Semenanjung dan banyak kapal terpaksa menunggu ribut reda sebelum meneruskan perjalanan mereka.

Walaupun Viking pelayar berbakat, namun mereka lebih suka untuk mengelakkan perairan itu sebaliknya mengangkut bot mereka ke darat.

Terowong untuk kemudahan kapal ini pernah dibina di tempat lain di dunia seperti Canal du Midi di Perancis.

Tetapi Terowong Stad yang akan menjadi yang pertama untuk menampung kapal sehingga 16,000 tan untuk pengangkutan fret dan penumpang, termasuk ikon Bergen-Kirkenes Coastal Express, yang menghubungkan selatan dan utara.

Projek itu dianggarkan AS$315 juta dan mengambil masa antara tiga hingga empat tahun untuk disiapkan. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan