James Rodriguez. Foto: Getty Images

SEPANYOL – Bintang Real Madrid, James Rodriguez melontarkan mesej ‘datang dan dapatkan saya’ terhadap kelab gergasi England, Manchester United.

Mesej itu dilaporkan menjadi tamparan kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea dan Liverpool yang memburu khidmat pemain antarabangsa Columbia itu.

Nasib Rodriguez menjadi tidak menentu di Bernabeu apabila dia bukan lagi pilihan dalam kesebelasan utama skuad kendalian Zinedine Zidane.

Laporan media Sepanyol mendakwa pemain itu berjaya dipujuk Pengurus Red Devils, Jose Mourinho untuk menyelamatkan kariernya berhijrah ke Theatre of Dreams.

Perpindahan Rodriguez dijangka memusnahkan hajat The Blues dan The Kops andai kata ia menjadi kenyataan.

Bayern Munich juga dikatakan berada dalam radar tetapi Rodriguez mahu jaminan kesebelasan utama yang juga tidak dapat diberikan oleh Carlo Ancelotti di Arena Allianz.

Masa Rodriguez bersama Real dijangka tamat menjelang akhir musim ini.

Rodriguez merupakan antara penyerang terbaik dunia dan dia berhijrah ke Real dengan nilai £63 juta (RM349 juta) dari Monaco pada tahun 2014.- MalaysiaGazette