Alexis Sanchez hampir pasti akan menyertai Manchester City pada akhir musim ini.Foto: Reuters

CHILE – Manchester City kini berada di hadapan dalam usaha mendapatkan khidmat bintang Arsenal, Alexis Sanchez akhir musim ini.

Laporan di Chile mendakwa bintang antarabangsa Chile itu sedang menghitung hari di Stadium Emirates dan hampir bersetuju untuk berpindah ke Stadium Etihad.

Hubungan Sanchez dengan Pep Guardiola sebagai bekas Pengurus Barcelona dikatakan mempengaruhi keputusannya untuk menyertai Man City akhir musim ini.

Sanchez dan Pep Guardiola pernah berkhidmat selama tiga tahun di Nou Camp.

Manchester City dikatakan boleh melengkapkan pembelian dengan nilai £50 juta (RM275.4 juta) memandangkan kontrak Sanchez tamat pada 2018.

Pengurus Manchester City selaku bekas Pengurus Barcelona dikatakan mempengaruhi Alexis Sanchez untuk berhijrah ke Etihad akhir musim ini. Foto: Reuters.
Pengurus Manchester City selaku bekas Pengurus Barcelona dikatakan mempengaruhi Alexis Sanchez untuk berhijrah ke Etihad akhir musim ini. Foto: Reuters.

“Saya gembira di London dan harap mengakhiri kontrak bersama Arsenal.

“Saya mahu kekal bersama pasukan yang bermentaliti menang dan terus beraksi di bandar raya yang sama.

“Saya mahu beraksi bersama pasukan yang berinspirasi tinggi dalam bola sepak England,” kata Sanchez.

Sanchez menegaskan dia sudah berusia 28 tahun dan masih banyak yang perlu ditempuh dalam kariernya.

Komen Sanchez itu pada mulanya memberi indikasi bahawa Chelsea mungkin destinasi seterusnya walaupun Tottenham masih mengintai rapat pemain itu.

Kemasukan Manchester City memberi kejutan besar kepada Arsenal dan menambah keperitan apabila seorang lagi bintang Arsenal, Mesut Ozil berada dalam radar the Red Devils.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan