Home Dunia Hubungan Rusia, AS semakin buruk

Hubungan Rusia, AS semakin buruk

MOSCOW – Presiden Rusia Vladimir Putin berkata, hubungan negara itu dengan Amerika Syarikat semakin buruk sejak Donald Trump mengambil alih Januari lalu.

Menurut Putin, kepercayaan antara kedua-dua negara semakin merosot di peringkat ketenteraan.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Menteri Luar Rusia bertemu rakan sejawatannya dari Amerika di Moscow, tengah-tengah ketegangan serangan kimia di Syria.

Amerika Syarikat mendesak Rusia supaya mengakhiri sokongan kepada Kerajaan Syria.

Tetapi Rusia telah mengecam serangan udara Amerika Syarikat di pangkalan udara Syria, yang dilancarkan minggu lalu sebagai tindak balas kepada serangan kerajaan pada kawasan pemberontak di wilayah Idlib.

Ditanya oleh tentang tuduhan bahawa tentera Presiden Bashar al-Assad telah menggunakan senjata kimia, Putin menegaskan Syria telah melepaskan stok penimbal kimia.

Bercakap mengenai hubungan antara Moscow dan Washington, beliau menambah: “Boleh dikatakan tahap kepercayaan pada peringkat kerja, terutama di peringkat tentera, tidak bertambah baik tetapi semakin merosot.” – MalaysiaGazette