CHINA – Import minyak mentah China pada Mac melonjak kepada rekod baharu dan mendahului Amerika Syarikat sebagai pembeli luar negara terbesar di dunia pada suku pertama.

Pengguna bahan bakar terbesar di dunia itu mengimport sebnayak 9.21 juta tong sehari pada bulan lalu mengikut pengiraan Bloomberg berdasarkan data daripada Pentadbiran Am Kastam.

Penghantaran pada suku pertama meningkat 15 peratus kepada hampir 105 juta tan, data angka kastam menunjukkan purata kira-kira 8.5 juta tong sehari.

Amerika Syarikat pula import hampir 8 juta tong sehari pada bulan Mac dan kira-kira 8.150 juta tong dalam tempoh tiga bulan pertama, berdasarkan pengiraan Bloomberg menggunakan data setiap minggu.

Pengeluaran harian China dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini menurun 8 peratus tahun-ke-tahun selepas jatuh pada rekod 2016 kerana terpaksa menutup telaga lama yang berkos tinggi.

Lantaran itu, China terpaksa mengimport lebih banyak minyak untuk memenuhi jurang, kata penyelidik komoditi SCI International Shandong.

“Output mentah yang lebih rendah adalah satu rahmat untuk import, akan berterusan tahun ini melainkan jika harga minyak kekal di atas AS$60 setong,” kata Gao Jian, seorang penganalisis SCI International.

Brent mentah yang berada pada purata yang termurah lebih daripada satu dekad tahun lepas, telah pulih melebihi AS$50 setong pada tahun ini selepas Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan 11 negara-negara lain mula memotong bekalan.

Pada asas bulanan, China mengimport 38.95 juta tan metrik minyak mentah manakala eksport produk bersih meningkat 5.4 peratus dari Februari kepada 1.97 juta tan. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan