Jumlah perdagangan Malaysia pada April 2018 meningkat 11.7 peratus tahun ke tahun kepada RM155.42 bilion berbanding penurunan sebanyak 3.5 peratus pada Mac, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah membuat penentuan akhir bagi mengenakan duti pelindung muktamad untuk tempoh tiga tahun, selaras dengan Seksyen 25, Akta Pelindung 2006.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan, berkata keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira kesan ke atas industri tempatan oleh peningkatan import keluli konkrit penulangan batang impak (Rebar), rod dawai keluli & bar (SWR) dan bar berbunga dalam gegelung (DBIC).

Duti bagi besi rebar akan dikenakan dari 14 April 14, bermula dengan 13.42 peratus dan akan dikurangkan kepada 12.27 peratus setahun kemudian, dan kepada 11.1 peratus selepas dua tahun (14 April 2019).

Menurut MITI lagi, duti pelindung sebanyak 13.9 peratus akan dikenakan ke atas SWR dan DBIC, mulai 15 April tetapi akan dipotong kepada 12.9 peratus selepas setahun dan akhirnya kepada 11.90 peratus.

“Bagi SWR dan DBIC, duti pelindung muktamad ini akan mengecualikan produk dengan kandungan karbon sebanyak 0.6 peratus atau lebih, atau diameter lebih besar daripada 16 milimeter, produk-produk yang diimport untuk penggunaan akhir industri automotif, barangan elektrik dan elektronik, minyak dan gas, serta DBIC yang diimport untuk penggunaan akhir industri pembinaan anti gempa bumi daripada semua gred dan spesifikasi,” katanya.

Katanya, kerajaan telah pun memulakan dua penyiasatan pelindung ke atas import rebar dan DBIC serta SWR pada 28 Mei 2016 dan 29 April 2016, masing-masing berdasarkan petisyen yang difailkan oleh Persatuan Keluli Malaysia yang mewakili industri tempatan.

“Petisyen itu mendakwa bahawa peningkatan import bagi keluaran-keluaran tersebut telah menjejaskan industri tempatan,” katanya.

Katanya, semasa dalam siasatan, kerajaan telah menilai isu-isu dan masalah yang dikemukakan oleh semua pihak yang berkepentingan mengikut Akta Pelindung 2006 dan Peraturan-Peraturan Perlindung 2007.- MalaysiaGazette