SEOUL – Tentera Korea Utara akan membinasakan Amerika Syarikat jika Washington memilih untuk menyerang negara itu.

Kenyataan itu dikeluarkan hari ini ketika kumpulan kapal induk perang Amerika Syarikat dalam perjalanan ke Semenanjung Korea dan kebimbangan meningkat ujian nuklear keenam oleh Korea Utara.

“Tentera negara akan melakukan penentangan terhadap Amerika Syarikat dan tentera-tentera laut, dalam apa cara tanpa belas kasihan kerana penceroboh tidak akan dibenarkan terus hidup,” kata kenyataan yang dipetik daari agensi berita KCNA. – MalaysiaGazette