BERLIN – Syarikat-syarikat penerbangan mempertahankan amalan terlebih tempahan selepas isu seorang penumpang diheret keluar dari pesawat United Airlines di Chicago mendapat perhatian meluas.

Insiden yang berlaku dalam pesawat 3411 itu, yang mana syarikat penerbangan berkenaan menggunakan pegawai penguatkuasa untuk mengeluarkan penumpang bagi membolehkan tempat duduk diisi dengan anak kapal telah memalukan United Airlines dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Oscar Munoz.

Kejadian itu juga membuka mata bagaimana polisi seumpama itu boleh diwujudkan dalam industri penerbangan.

Terlebih tempatan bermaksud syarikat-syarikat penerbangan menjual tiket melebihi tempat duduk adalah amalan biasa.

Susulan kejadian itu beberapa pembuat undang-undang Amerika Syarikat telah dipanggil untuk mencari kaedah baharu bagi mengelakkan kejadian penumpang diheret keluar berulang lagi.

Bagaimanapun, syarikat-syarikat penerbangan berkata, amalan terlebih tempahan itu diamalkan bagi membolehkan mereka menanggung kos dan menawarkan harga tiket yang lebih rendah.

“Jika syarikat-syarikat penerbangan tidak dibenarkan melakukan terlebih tempahan, harga tiket mungkin naik kerana syarikat-syarikat penerbangan terpaksa melepaskan kos tempat duduk kosong kepada pengguna, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

IATA menambah, penarikan semula amalan itu akan mengurangkan margin yang sudah menipis dan akan mengurangkan sambungan seterusnya.

Ia kerana di sebalik terlebih tempahan, amalan itu adalah berkaitan dengan pengiraan.

Syarikat penerbangan menggunakan data lampau penerbangan untuk mengira jangkaan kadar penumpang yang tidak hadir untuk setiap laluan.

Sebagai contoh, pelancong perniagaan boleh menukar penerbangan saat-saat akhir, tetapi mereka yang terbang pada cuti musim panas kurang cenderung untuk menukar rancangan.

Penerbangan alternatif

Jika lebih ramai penumpang daripada yang dijangkakan muncul, syarikat penerbangan akan meminta penumpang secara sukarela melepaskan penerbangan dalam pertukaran dalam bentuk.

Jika tidak ada yang sukarela, syarikat akan memilih penumpang untuk penerbangan alternatif, biasanya sebelum menaiki pesawat.

Di Amerika Syarikat, pada tahun 2016, kira-kira 475,000 penumpang atau 0.07 peratus daripada pelancong telah dinafikan menaiki pesawat kerana penerbangan terlebih tempahan. Daripada jumlah itu, seramai 40,000 orang telah sukarela melepaskan tempat duduk mereka.

Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat berkata, ia adalah kadar terendah dalam jumlah penumpang yang dinafikan sejak ia cuba menangani isu itu pada tahun 1995.

Ketua Pegawai Eksekutif Delta Air Lines, Ed Bastian mempertahankan amalan itu sambil berkata, nisbah penumpang yang dinafikan terbang hanya kira-kira 1 dalam 100,000 penumpang pada tahun lalu. – MalaysiaGazette