SETIAP hari, kita menghirup dan menyedut udara untuk menikmati hidup. Bayangkan dan gambarkan sejenak, tanpa udara – Apakah yang terjadi pada kita? Kita kelemasan serta mencungap-cungap, seperti kelemasan di air.

Seringkali kita menganggap, udara merupakan satu anugerah alam untuk kehidupan di muka bumi ini. Sehingga apabila berlakunya bencana seperti hujan lebat sehingga banjir , gempa bumi dan sebagainya, kita masih menganggap ianya bencana alam. Benarkah begitu?

Setiap kehidupan di alam fana ini, antara langit dan bumi, serta apa yang ada diantaranya, ada penciptanya.

Siapakah penciptanya? Sudah tentu, Allah Yang Maha Esa Maha Pencipta. Persoalannya untuk apa kita diciptakannya? Tiada lagi, melainkan untuk kita beribadat kepadaNya. Sebagaimana firman Allah “ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku” ( Adz-Dzariyaat :56 ).

Bersempena dengan kehadiran bulan Rejab . penulisan ini akan melihat kepada ibadah Solat yang diterima pada malam Isra’ dan Mikraj.

Solat telah difardhukan pada malam Isya’ dan Mikraj. Istimewanya kefardhuan solat adalah ianya diterima secara langsung oleh Nabi Muhammad SAW, tanpa ada perantaraan malaikat Jibrail AS seperti penurunan wahyu dan ibadah-ibadah lain.

Ini menunjukkkan ibadah solat itu adalah penting dan utama dalam kehidupan seharian seseorang Muslim. Sembahyang merupakan ibadah penting, istimewa dan unik bagi seorang Muslim.

Sembahyang dapat menghubungkan insan yang diciptakan dengan penciptanya secara langsung.

Sebagaimana hadis Rasulullah SAW bermaksud – “Sembahyang itu tiang agama, maka sesiapa yang mendirikannya bererti dia telah menegakkan agamanya. Kemudian sesiapa yang meninggalkannya bererti dia telah meruntuhkan agamanya” – Hadis riwat Baihaqi.

Dalam hadis yang lain , Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “ … dan tiada agama bagi orang yang tidak menunaikan solat. Sesungguhnya kedudukan solat dalam agama Islam diibaratkan seperti kepala kepada tubuh badan.” Hadis riwayat at-Tabrani daripada Ibnu Umar R.A.

Ibarat tiada kepala di tubuh badan

Umum mengakui, tanpa kepala di tubuh badan , badan itu mati dan tiada berguna. Malang mati tanpa ada kepala di tubuh badan, amat mengerikan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “ Awal-awal perkara yang dihisab atas hamba pada hari Kiamat ialah solat. Maka sekiranya solat itu elok nescaya elokklah lain-lain amalannya ( diterima Allah ), dan sekiranya solat itu rosak nescaya rosaklah lain-lain amalannya (ditolak oleh Allah ).

Berat betul ibadah solat ini. Mengapa berat ibadah solat ini?

Sesuatu yang berat dan sukar sudah tentu mempunyai ganjaran yang terbaik.

Ganjaran solat adalah amat besar sekali . Antara ganjaran ibadat solat ialah :

  1. Solat dapat membantu menyelematkan manusia daripada azab akhirat.
    2. Juga solat membantu menghilangkan kegelisahan, mendatangkan ketenteraman, ketenangan dan kebahagiaan.
    3. Dihindarkan dari kesempitan hidup.Sebagaimana solat merupakan suatu anugerah untuk umat Nabi Muhammad SAW, sewajibnya solat dilaksanakan dan didirikan pada setiap waktu bila tibanya dan tidak selayaknya ditinggalkan.

Atas kepentingan solat perlu dilaksanakan dalam apapun keadaan senang mahupun sempit, sihat atau sakit. Selagi mana akal masih ada, tuntutan solat tidak gugur.

Dalam memastikan ummat Islam tidak melalaikan dan meninggalkan solat, agama Islam memberikan anugerah kepada penganutnya. Anugerah ini merupakan bukti kasih saying Allah kepada hambaNya.

Anugerah yang dimaksudkan ialah “rukhsah”. Rukhsah dari segi bahasa bermakna “keringanan” iaitu menurunkan atau telah mengurangkan.

Antara sebab-sebab “rukhsah” atau keringanan terwujud ialah :-
1. Bermusafir
2. Sakit
3. Lupa
4. Kebodohan
5. Kesukaran

Penulisan ini akan menyentuh sedikit tentang rukshah solat ketika sakit.
Antara rukhsah solat ketika sakit ialah:

  1. Mengetahui keupayaan seseorang untuk solat ketika sakit. Sebagai contoh, kemampuan untuk berdiri, duduk atau berbaring.
  1. Keupayaan untuk berwudhu’ atau bertayammum.

  2. Secara isyarat     seperti dalam hati.

Rukhsah solat atau kemudahan untuk melakukan solat ini merupakan tanda kasih dan cintanya Allah kepada hambaNya.

Maka , setiap Muslim perlu mengetahui dan mendalami kaedah rukhsah solat. Solat secara memerlukan ilmu dan pengetahuan. Jadi perlu kita mempelajari sebagaimana kita mempelajari kaedah solat biasa. Amat berguna ketika kita sendiri ditimpa musibah sakit atau ketika menjaga orang tersayang yang musibah sakit.

“ Solatlah Kamu sebelum Kamu Disolatkan”

“Solatlah dibelakang Imam sebelum kamu disolatkan didepan Imam”.

Ini merupakan sebahagian dari ibadah semasa kita sakit. Terdapat banyak lagi ibadah yang boleh kita lakukan walaupun kita sedang sakit. Allah berfirman:
يشيذ الله بكم انيسش لَا يشيذ بكم انعسش

Terjemahan : Allah inginkan kemudahan kepada kamu dan tidak menginginkan kesusahan kepada kamu (Al Baqarah:185)

Al Quran dan hadis-hadis Nabi SAW menunjukkan kepada kita bahawa syariah Islam terbina di atas perkara yang mudah khususnya Ibadah.

Kita harus mempelajari cara-cara beribadah semasa sakit kerana ibadah adalah satu pertalian hubungan kita dengan Allah Taala dan ianya tidak akan terputus walau dalam apa keadaan sekalipun.Ibadah memberi pengertian ketaatan dan cinta kepada Allah Taala supaya tunduk dan patuh kepadaNya. – MalaysiaGazette

Dr Farid

Penulis adalah Dr Mohamed Farid Ahmad, Biro Agama PERDIM